BTR FC bangkit benam Setiawangsa Rangers di final KLWSL 2024

LocalFootball
7 Dec 2024 • 11:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
BTR FC menjuarai saingan KLWSL 2024 selepas menundukkan Setiawangsa Rangers

PENYERTAAN sulung Bandar Tun Razak (BTR) FC dalam saingan bola sepak Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) membuahkan hasil apabila skuad kendalian Khairol Azry Abdul Rahman itu muncul juara selepas menundukkan Setiawangsa Rangers di pentas final.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu itu menyaksikan BTR FC bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Setiawangsa 3-1 ketika perlawanan terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan.

Sebelum itu, BTR dikejutkan jaringan pembukaan Setiawangsa menerusi Muskan Abdul Majid yang memecah kebuntuan gol pada minit ke-53.

Tersentak dengan gol pendahuluan Setiawangsa, BTR FC melakukan beberapa perubahan taktikal dan berhasil menyamakan kedudukan m-76 menerusi sepakan percuma luar kotak penalti yang diambil pemain pertahanan, Nurin Batrisya Efendy.

Aksi mempertemukan dua pasukan yang membuat debut di KLWSL itu terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 kekal sehingga waktu permainan sebenar tamat.

Bagaimanapun, dua jaringan Lee Xin Yi di masa tambahan sudah cukup buat BTR FC mengesahkan kejuaraan.

Lebih manis, Xin Yi turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

BTR FC menempah slot final KLWSL selepas menewaskan KL Sunbears 2-1, manakala Setiawanga kendalian Mohd Norfaes Alis mara ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Wangsa Maju City FC 1-0.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved