BTS Mungkin Terpaksa Jalani Latihan Ketenteraan, Tiada Pengecualian Dibuat Demi Keadilan Sistem

11 Oct 2022 • 10:00 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
BTS - Gambar fail AFP

Kumpulan K-pop, BTS berkemungkinan akan dihantar oleh pihak tentera Korea Selatan untuk menjalani tugas mandatori ketenteraan.

Keputusan ini mungkin terpaksa dibuat memandang bagi ramai orang yang berbelah bahagi sama ada mereka (BTS) harus diberikan pengecualian atau tidak.

Pesuruhjaya Pentadbiran Tentera Tenaga Manusia, Lee Ki Sik memberitahu penggubal undang-undang pada Jumaat lalu bahawa adalah wajar bagi BTS untuk memenuhi tugas ketenteraan tersebut demi memastikan keadilan dalam perkhidmatan ketenteraan negara.

Awal minggu lalu, Menteri Pertahanan Lee Jong-sup membuat komen yang hampir sama mengenai BTS pada mesyuarat jawatankuasa parlimen, dan Menteri Kebudayaan Park Bo Gyoon pula berkata, kementeriannya akan segera memuktamadkan pendirian mereka  mengenai isu itu.

Sama ada kesemua tujuh anggota kumpulan itu harus berkhidmat dalam tentera, ia telah menjadi salah satu isu paling hangat diperkatakan di Korea Selatan kerana anggota tertuanya, Jin, kemungkinan akan berdepan dengan pendaftaran awal tahun depan selepas dia menginjak usia 30 tahun pada Disember ini.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, semua lelaki bertubuh tinggi dikehendaki menjalani perkhidmatan ketenteraan selama 18 sehingga 21 bulan.

Tetapi undang-undang juga telah memberikan pengecualian khas buat atlet, pemuzik klasik dan tradisional, balet serta  penari lain yang telah memenangi hadiah utama dalam pertandingan tertentu yang dilihat mampu meningkatkan prestij kebangsaan.

Tanpa semakan semula undang-undang, kerajaan boleh mengambil langkah memberikan pengecualian khas.

Tetapi pengecualian yang tidak tetap yang dibuat pada masa lalu terhadap mereka yang menunjukkan prestasi baik dalam pertandingan telah mencetuskan perdebatan serius mengenai keadilan sistem. - Getaran, 11 Oktober 2022

View Original Article