Buah epal dan oren dikecualikan SST – PM Anwar

LocalBusiness & Finance
26 Jun 2025 • 11:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Epal dan oren dikecualikan sebagai produk import yang terkesan berkaitan perlaksanaan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai depan.

Anwar maklum epal dan oren tak kena SST

image is not available

Foto: Focus Malaysia

Memetik laporan Kosmo! Online, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet yang diadakan semalam.

“Masih ada orang mengeluh katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal. Dia kata ini orang dulu kata ‘an apple a day keep the doctor away’ tak betul itu, (ia) ‘a banana’ sebenarnya pasal pisang tu potasium tinggi.

“Jadi, semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal dan oren,” kata Anwar pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota Madani di Presint 19 hari ini.

image is not available

Foto: TVS

Dalam pada itu, kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan, manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Untuk rekod, enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan turut dikenakan perluasan cukai perkhidmatan ini.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Ridzauddin Roslan)