Buah Sejuk Beku vs Buah Segar: Mana Lebih Berkhasiat? Ini Penjelasan Perunding Nutrisi [Video]

Health & FitnessFood
8 Jun 2026 • 6:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Buah Sejuk Beku vs Buah Segar: Mana Lebih Berkhasiat? Ini Penjelasan Perunding Nutrisi [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Buat peminat buah-buahan, pasti anda perasan ada buah sejuk beku (frozen) yang dijual di pasaran antaranya seperti strawberi, mulberry, blueberry dan nenas.

Namun pernah tak anda tertanya-tanya, adakah buah-buahan frozen mempunyai khasiat sama seperti buah-buahan segar?

Buah Frozen Kadangkala Lebih Tinggi Kandungan Nutrisi Berbanding Buah Segar – Perunding Nutrisi

Menurut seorang pakar nutrisi yang dikenali sebagai Ms Kiek, buah sejuk beku kadangkala mempunyai kandungan nutrien setanding atau lebih tinggi dari buah-buahan segar.

Ini kerana jelasnya dalam satu video di TikTok, buah sejuk beku dipetik ketika buah-buahan tersebut berada pada tahap kematangan yang optimum (peak maturity).

“Maksudnya waktu buah tersebut mengandungi nutrien dan anti oksidan yang paling optimum.

“Lepas dipetik, buah akan dibeku dengan segera untuk mengekalkan nutrien dalam buah tersebut,” terangnya.

Buah Segar Dipetik Sebelum Tempoh Matang Untuk Kekalkan Ketahanan

Namun jelas Ms Kiek, keadaan ini berbeza dengan buah-buah segar. Ini kerana buah-buahan segar akan dipetik sebelum tempoh matang bagi memastikan ia tahan lebih lama.

“Untuk buah segar, untuk pastikan buah itu tahan lebih lama khususnya (ketika) waktu penghantaran dan penyimpanan, buah itu akan dipetik sebelum tempoh masak matang.

“Sebab itulah sesetengah buah segar belum boleh capai kandungan nutrien yang paling optimum,” katanya.

Buah Sejuk Beku Tahan Lebih Lama, Kurang Risiko Rosak & Berkulat

Terang Ms Kiek lagi, buah sejuk beku tahan lebih lama malah dapat mengurangkan risiko rosak atau berkulat.

Kadangkala ia juga dijual lebih murah di pasaran jika dibandingkan dengan buah-buahan segar.

“Ada kajian menunjukkan sesetengah frozen fruits mempunyai kandungan vitamin C dan anti oksidan lebih tinggi berbanding fresh fruits.

“Cuma satu jela, tekstur buah segar lebih sedap berbanding buah sejuk beku,” kongsinya lagi.

Bila Buah Sejuk Beku Sesuai Untuk Dimakan?

Menerusi hantaran itu juga, Ms Kiek turut berkongsi waktu yang sesuai untuk menikmati buah-buahan sejuk beku.

Jelasnya, buah-buah sejuk beku sesuai dimakan ketika:

  • Dicampur dengan overnight oat
  • Campur dengan smoothie
  • Dijadikan sebagai snek sihat

Jadi yang mana satu jadi pilihan anda? Buah-buahan segar atau buah sejuk beku?

@nutritionist_kiek

Frozen fruits Lebih fresh & Tinggi nutrients Dari fresh fruits #tipssihat #nutritionist #frozenfruit #freshfruits #berries

♬ original sound – Ms Kiek | Pakar Nutrisi – Ms Kiek | Pakar Nutrisi

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi 3 Jenis Makanan Boleh Bantu Tingkatkan Kesihatan Jantung [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tiba-tiba Craving Sesuatu Makanan? Rupanya Ini Cara Badan Beritahu Nutrisi Yang Diperlukan

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Ini Cara Nak Simpan Barangan Basah Supaya Tahan Lebih Lama & Segar

View Original Article