Buang Barang Lama, Ini Lokasi Kontena RoRo Untuk Buang Sampah Besar Di Kuching

10 Dec 2024 • 10:27 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jadual Lokasi Lengkap untuk Anda

Buang Barang Lama, Ini Lokasi Kontena RoRo Untuk Buang Sampah Besar Di Kuching. Musim perayaan semakin hampir, dan inilah masanya untuk mengemas rumah dan buang barang-barang yang tidak lagi diperlukan. Kalau anda di Kuching, berita baik – Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) telah menyediakan kontena Roll-On Roll-Off (RoRo) untuk memudahkan pembuangan sampah besar!

Dengan senarai lokasi yang telah diumumkan, anda boleh cari kontena RoRo yang paling dekat dengan kawasan anda. Tak perlu pening fikir nak ke mana, semuanya ada dalam senarai lengkap ini!

image is not available

Jadual Lokasi RoRo oleh MBKS:

Untuk kawasan di bawah pentadbiran MBKS, berikut adalah lokasi dan tarikhnya:

  • 13 – 14 Januari 2025:
    Lokasi seperti Jalan William Tan, Sekama Avenue, dan Sunny Estate.
    Car park belakang Lebuh Central Stop, Jalan Central Timur.
  • 15 – 16 Januari 2025:
    Tumpuan di Three Hills Park dan kawasan sekitarnya seperti Jalan Chawan dan Jalan Tun Razak.
    Car park belakang Three Hills Park shophouses.
  • 20 – 21 Januari 2025:
    Fokus di Jalan Foochow dan kawasan berhampiran seperti Kenyalang Park.
    Car park di Lorong 5, depan Kenyalang Park Theatre.
  • 22 – 23 Januari 2025:
    Kawasan Pending Heights dan Kampung Sg. Apong Baru.
    Berhampiran sekolah di Jalan Noakes, Sg. Apong.
  • 24 – 25 Januari 2025:
    Taman Riverview dan Taman Bintawa Fishing Village.
    Dekat Bintawa Wet Market.

Lepas 26 Januari, proses pembersihan dan “mopping up” akan dilakukan. Jadi, pastikan anda gunakan peluang ini sebelum kontena dialihkan!

Lokasi Kontena RoRo oleh MPP:

Bagi kawasan di bawah Majlis Perbandaran Padawan, anda juga boleh cari kontena ini di lokasi berikut:

  • 20 Disember 2024 – 3 Januari 2025:
    Kawasan seperti RPR Batu Kawa Lorong 28A dan Kuching City Mall.
  • 22 Januari – 5 Februari 2025 (Sempena Tahun Baru Cina):
    Lokasi seperti Everrise 4 1/2 Mile, Lo Ti Kong Bin Centre, dan Matang Jaya.

Dengan pelbagai lokasi yang tersedia, semua orang dapat membuang barang-barang besar seperti perabot lama, peralatan elektrik rosak, atau sisa pembaikan rumah dengan mudah!

Inisiatif seperti ini bukan sahaja memudahkan penduduk, tetapi juga membantu menjaga kebersihan bandar. Dengan menggunakan RoRo container, anda membantu mengelakkan longgokan sampah yang boleh menjadi tempat pembiakan serangga dan tikus. Jadi, mari kita buat perubahan positif bersama-sama!

Baca juga artikel semasa di bawah: