Buang bayi di ladang: Polis lancar operasi buru suspek

LocalFamily & Parenting
20 Aug 2025 • 1:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Polis melancarkan operasi mengesan suspek berkaitan penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah ladang di Jalan Silam.

Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail, berkata bayi itu ditemui masih hidup di Kampung Sri Aman, Jalan Silam, pada Selasa.

“Bayi berkenaan segera dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana pendedahan dan pembuangan kanak-kanak,” katanya.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Damsa Dahlan di talian 089-881255 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.