Buang Foto Bersama, Media Indonesia Buat Laporan Dakwa Noor Nabila & Engku Emran Sudah Bercerai

Entertainment
10 Aug 2022 • 7:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
Noor Nabila dan Engku Emran

Sejak kebelakangan ini, kisah berkenaan rumah tangga kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila sedang hangat diperkatakan di media sosial.

Malah perkara itu menjadi perhatian ramai, apabila gambar Nabila bersama pasangannya Engku Emran telah dipadam dari akaun Instagram milik wanita tersebut.

Bukan itu sahaja, gambar pernikahan mereka turut tidak lagi kelihatan di platform media sosial berkenaan sehingga perkara itu menjadi tanda tanya apakah yang terjadi pada rumah tangga mereka.

Mendapat perhatian media Indonesia dakwa sudah bercerai

image is not available

Apa yang lebih mengejutkan lagi, kisah mengenai rumah tangga Nabila dan Engku Emran turut mendapat perhatian daripada media di Indonesia apabila beberapa portal berita melaporkan bahawa pasangan tersebut sudah bercerai.

Beberapa laporan berita berkenaan pasangan itu turut dikongsikan di TikTok, @indonesia_today yang turut bertanyakan isteri bagaimanakah sebenarnya yang dicari oleh Engku Emran.

Melihat di ruangan komen berita berkenaan dakwaan pasangan itu bercerai telah memberi pelbagai reaksi dikalangan pengguna media sosial akan kesahihan berita tersebut termasuklah netizen di Malaysia.

“Betul ke dah cerai? Saya dari Malaysia dan baru tahu”

image is not available

“Macam mana dekat Malaysia belum keluar berita apa-apa dekat sana dah ya?”

image is not available

“Lagi advance berita Indonesia”

image is not available

Untuk rekod, Noor Nabila dan Engku Emran ini telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan kali ketiga buat pasangan tersebut.

Setakat ini video tersebut telah mendapat 1.7 milion tontonan 19.2 ribu tanda suka, 624 komen dan 698 perkongsian di TikTok.