“Buang Je Nama ‘Islam’ Kalau Kau Nak…” – Kutuk Jurusan Seni Bod*h, Aaron Aziz ‘Sound’ DMA Islam

EntertainmentOpinion
14 May 2025 • 12:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular tentang kenyataan dikeluarkan oleh seorang individu yang bertindak menghentam dan memperlekeh mereka yang mengambil beberapa jurusan seni di universiti.

Kenyataan lelaki dikenali sebagai DMA Islam itu telah menimbulkan pelbagai kecaman dan mencetuskan perdebatan ramai pihak di media sosial.

Dia menyifatkan jurusan seni seperti Komunikasi Media atau Masscom, Teater dan Muzik di universiti sebagai jurusan paling ‘bodoh’ dan tidak wajar dipelajari.

image is not available

Pelakon Aaron Aziz menerusi Instagram terpanggil untuk membalas kenyataan lelaki itu dan menegaskan bidang seni dan komunikasi telah banyak menyumbang kepada pembungan industri hiburan di negara kita.

Nama guna DMA Islam tapi tak habis-habis kutuk orang. Macamlah kau terpaling Professor. Buang jela nama ‘Islam’ kalau kau nak burukkan seni orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Bukan hanya Aaron Aziz tetapi juga ramai yang lain turut menghentam DMA Islam terutamanya mereka yang merupakan graduan jurusan seni yang disebutnya.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis dia masih belum memberikan apa-apa kenyataan atau permohonan maaf berhubung isu tular ini.

image is not available 1 day ago

"Semua Bidang Ada Pentingnya.." - Anggap Masscom & Teater Sebagai 'Course' B*doh, 'TikTokers' Terima Kecaman Hebat Daripada Netizen