“Buang Tudung Bukan Sihir, Tapi Pe’el!” – Ustaz Ahmad Dusuki Bidas Kenyataan Nonny Nadhirah Soal Buka Tudung

5 Jan 2024 • 3:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, selebriti Nonny Nadhirah mendedahkan diri sudah kena buatan sihir selama tiga tahun dan disebabkan itu wajahnya menjadi senget serta menjadi punca utama dia membuka tudung.

Pendakwah bidas kenyataan Nonny

Susulan pendedahan yang dibuat, pendakwah yang dikenali ramai iaitu Ustaz Ahmad Dusuki membidas kenyataan Nonny mengenai sebab membuka tudung kerana terkena buatan sihir.

Ustaz Dusuki bertegas untuk tidak mengaitkan isu kemaksiatan dengan perbuatan sihir itu.

image is not available

Sumber : xtra  

Buang tudung bukan sihir, tapi pe’el! Janganlah dikaitakan kemaksiatan dengan gangguan sihir.

Tak nafi sihir boleh ubah wajah

Namun begitu, pendakwah terbabit tidak menafikan bahawa sihir boleh membuat raut wajah seseorang berubah seperti yang diperkatakan oleh Nonny sebelum ini mengenai wajahnya yang senget akibat sihir.

Serta menasihati selebriti itu untuk menutup aurat kerana dosa yang dipikul akan berterusan seandainya mendedahkan aurat kepada umum.

Sekadar info, Nonny sebelum ini mendedahkan diri disihir oleh seseorang di laman Instagramnya dan mengakui bahawa dia tahu individu terbabit.

image is not available 4 days ago

"Tiga Tahun.. Tak Mampu Nak Menangis" - Nonny Nadhirah Dedah Muka Senget Akibat Jadi Mangsa Sihir 'Syaitan'