Buat Aksi Berani Mati, MrBeast Kebumikan Diri Selama 7 Hari

24 Nov 2023 • 12:20 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Buat Aksi Berani Mati, MrBeast Kebumikan Diri Selama 7 Hari

Lakukan aksi berani mati, Youtuber popular Amerika Syarikat (US), MrBeast sekali lagi mengejutkan orang ramai selepas mengebumikan dirinya dalam keranda di bawah tanah selama seminggu.

Lapor The Sun, dalam video terbarunya, MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson telah mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk memecahkan rekod mereka yang melakukan cabaran itu.

Bagi melakukan aksi itu, MrBeast menggunakan keranda berdinding jernih yang direka untuk menahan berat tanah selepas dikebumikan.

Dia hanya bergantung hidup dengan berbekalkan makanan dan minuman yang dibawa olehnya sebelum diturunkan ke dalam tanah.

Keranda itu juga dipenuhi dengan kamera untuk merakam video dan bertujuan untuk memantau pergerakan pempengaruh berusia 25 tahun itu.

“Saya meletakkan kepercayaan hidup saya kepada keranda ini untuk tujuh hari akan datang,” kata MrBeast sebelum dikebumikan.

Meskipun terdapat kebimbangan bahawa dia tidak akan dapat berdiri kerana pembekuan darah akan terbentuk ekoran baring selama tujuh hari, namun MrBeast keluar tanpa sebarang kecederaan.

Selepas tamat tujuh hari, MrBeast dilihat menangis kerana tindakan tersebut menganggu mentalnya.

Aksi itu telah melemahkan psikologinya dan dia menitiskan air mata beberapa kali termasuk ketika dia dibawa keluar dari keranda.

Pun begitu, MrBeast berjaya memecahkan rekod baharu yang ditanam hidup-hidup selama 168 jam berbanding rekod sebelumnya iaitu 50 jam walaupun dia menderita ketika melakukan cabaran itu.

Video tersebut juga telah mendapat jumlah tontonan sekitar 59 juta dan dia turut menyatakan rasa terima kasih terhadap sokongan peminatnya.

“Saya masih tidak percaya ramai orang beri sokongan setiap kali saya memuat naik. Saya sayang kamu semua,” ujarnya.

Sebelum ini, MrBeast membina 100 telaga di Afrika untuk menyediakan air minuman kepada mereka yang memerlukan.

Projek itu membawa air minuman bersih kepada kira-kira 500,000 orang.

“Saya sudah tahu saya akan kena batal kerana saya memuat naik video membantu orang tetapi saya tidak peduli.

“Saya akan sentiasa menggunakan saluran saya untuk membantu orang ramai dan cuba memberi inspirasi kepada penonton saya untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

Sumber: The Sun