Buat Aksi Seperti Dalam Permainan ‘GTA’, Seorang Lelaki Ditahan Selepas Acu Pistol Tiruan

18 Jul 2024 • 11:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
acu pistol

Padah menunggang motosikal sambil memegang objek menyerupai pistol, seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan di Kampung Ladang Sehat tengah hari tadi selepas video berdurasi 22 saat memaparkan perbuatannya tular.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.

Polis turut merampas sepucuk pistol disyaki tiruan berwarna hitam bercetak De In Israel, sebuah motosikal jenis Honda C70 dan pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian – KPD Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor.

Hasil soal siasat mendapati lelaki yang berasal dari Ranau, Sabah itu mengaku terlibat dalam kes yang sedang disiasat. Suspek memaklumkan pistol tersebut diambil di dalam tong sampah berhampiran bulatan Ladang.

image is not available

Jap!