Buat Bising, Bahaya, Aksi Mat Rempit Di Bintulu Ini Ganggu Ketenteraman Awam

11 Oct 2022 • 4:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Aksi merbahaya mat rempit ini telah menganggu ketenteraman awam.

Buat Bising, Bahaya, Aksi Mat Rempit Di Bintulu Ini Ganggu Ketenteraman Awam. Semakin menjadi-jadi, aksi merbahaya sekumpulan mat rempit yang berkumpul di sebuah jalan di Bintulu ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Kejadian tersebut telah dirakam dan telah mendapat perhatian ramai netizen.

image is not available
Buat Bising, Bahaya, Aksi Mat Rempit Di Bintulu Ini Ganggu Ketenteraman Awam. Gambar tangkap layar dari Bintulu News Page

Mat rempit bermaharajalela di atas jalan

Sikap acuh tidak acuh mat rempit yang bermaharajalela di atas jalan tersebut tanpa menghiraukan pengguna jalan yang lain menimbulkan perasaan tidak senang pelbagai pihak.

Aksi merbahaya yang dilakukan oleh mat rempit di lokasi berkenaan juga telah berjaya dirakam.

image is not available
Gambar tangkap layar dari Bintulu News Page

Buat laporan di saluran yang betul

Dalam perkongsian Bintulu News Page itu, mereka page berkenaan telah memberi nasihat agar sesiapa yang menyaksikan kejadian seperti ini untuk membuat laporan polis dengan segera.

Bagi anda di luar sana yang ada bertembung dengan situasi seperti ini, anda boleh membuat aduan di saluran yang betul iaitu dengan menghubungi pihak polis di talian 999.

Lagi di sini berita terkini buat anda: