Buat Hal Lagi, Kali Ini ‘King’ Myvi Terkandas Di Tengah Laut

13 Oct 2022 • 4:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Banyak juga soalan ni…

Buat Hal Lagi, Kali Ini ‘King’ Myvi Terkandas Di Tengah Laut. Hampir setiap rakyat Malaysia boleh bersetuju dengan satu perkara, Perodua Myvi ni memang king! Terkenal kerana selalu menjadi kereta yang terlibat dalam aksi keterlaluan, nampaknya tiada penghujung apa lagi Myvi mampu terlibat selepas ini.

Baru-baru ini, kereta itu kembali menjadi topik popular di kalangan netizen apabila sebuah Perodua Myvi dirakam ‘terkanda’ di tengah laut di Pantai Sentosa, Sekinchan.

image is not available
Buat Hal Lagi, Kali Ini ‘King’ Myvi Terkandas Di Tengah Laut

“Once king, always king,” – netizen

Baru-baru ini, sebuah Perodua Myvi dirakam terkandas di tengah laut dan video itu dimuat naik di TikTok oleh pengguna @shhrulnzm_.

Menerusi sebuah video lagi, @shhrulnzm_ menjelaskan bahawa pemilik kereta itu dipercayai telah meletakkan kereta mereka di situ sementara pemiliknya pergi ke laut untuk mengutip siput lala bunga.

Namun air mula pasang secara mengejut dan menyebabkan kereta itu tersangkut di situ. Kesiannya!

Anda boleh lihat video asal serta part 2 di bawah:

@shhrulnzm_

Once king, always king. Kesian tapi macam kelakar tapi haih kesian jelah image is not availableimage is not available#fyp

♬ original sound – syashasamsudin – 𝓝𝓢𝓢image is not available

@shhrulnzm_

Replying to @adam harizimage is not available Masa air surut pantai belakang ni ramai yang cari “siput lala bunga” kat tengah laut sana ( boleh google kalau taktau benda tu ). Then taktau la after cari tu penat nak bawa siput tu naik atas jalan kaki or what, owner kereta bawa la kereta gi tengah laut nak angkut siput tu. So kereta tersangkut la dalam lumpur, ngam ngam air nak pasang image is not available

♬ bunyi asal – Adekkk.bongsu – Adekkk.bongsu

Berjaya ‘diselamatkan’ oleh Bomba

Akhirnya, Myvi yang terkandas itu berjaya dibawa keluar dari air laut oleh Bomba dan orang awam.

Menurut @shhrulnzm_ lagi, video terbabit dirakam oleh ibunya dan dia sendiri terlibat dalam membantu menyelamatkan kereta tersebut.

@shhrulnzm_

Replying to @Faez Shazwan mana yang cakap saya record je, yang pakai seluar pendek tu saya. Sampai ke bawah saya pergi tolong kata saya record je tak tolong kalau dah tunjuk gini kang kabo riak pula image is not available

♬ original sound – Abe – Abe

Sememangnya, insiden itu agak menyedihkan (ya lah, benda macam ni kita tak minta kan kalau tengah mencari rezeki) tetapi pada masa yang sama, terdapat juga netizen yang terhibur dengan kejadian ini.

Antaranya seperti:

Alahai… Semoga pemilik king Myvi ni bertabah lah menghadapi bil repair kereta ni.

King Myvi ni memang dalam kategori diorang sendiri: