Buat Hantaran Jelek Terhadap Nurul Izzah, Penyelam Mengaku Tidak Bersalah

LocalPolitics
20 Jun 2025 • 4:40 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang penyelam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen setelah dihadapkan dengan 11 pertuduhan berhubung meninggalkan komen jelik dan keterlaluan di Facebook terhadap anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar pada awal tahun ini.

Penyelam mengaku tak bersalah

image is not available

Memetik laporan BERNAMA, tertuduh, Ruslan Mat Ali, 48, membuat pengakuan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Ruslan membuat hantaran komen itu menggunakan akaun Facebook Ruslan Mat Ali, dipercayai tindakan itu dilakukan dalam keadaan sedar dan mengikut pertuduhan perkongsian jelik itu bersifat keterlaluan serta mempunyai niat menyakitkan hati orang lain.

Semua hantaran didakwa dibuat pada tarikh sekitar 21 Januari hingga 25 Februari lalu.

Tertuduh disiasat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 (3) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut pertuduhan pertama, hantaran itu disiarkan pada 4 Februari lalu, kira-kira jam 7 pagi di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya.

Pertuduhan kedua hingga kesebelas pula dipercayai dibuat pada 26 Februari lalu sekitar jam 1.51 tengah hari hingga jam 4.30 petang di Centre of Excellence MCMC, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya.

image is not available

Foto: The Edge Malaysia

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Fadhli Ab Wahab memberi cadangan tertuduh boleh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Namun begitu, bapa tunggal yang tidak diwakili peguam tersebut meminta rayuan jumlah jaminan dikurangkan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap serta masih menanggung tiga orang anak.

Untuk info, Ahmad Fuad memerintahkan Ruslan dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dan menetapkan 18 Julai ini sebagai sebutan semula kes.

Ruslan bagaimanapun gagal membayar wang jaminan tersebut.

Sumber: BERNAMA