Buat Julung Kalinya, Perarakan Krismas Terbesar Akan Diadakan Di Miri 3 Disember Ini

13 Oct 2022 • 9:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pejam celik pejam celik dah nak sambut Krismas dah!

Buat Julung Kalinya, Perarakan Krismas Terbesar Akan Diadakan Di Miri 3 Disember Ini . Sambutan yang dinanti-nantikan bagi mereka yang beragama Kristian, iaitu Krismas akan bertambah meriah pada tahun ini di Sarawak.

Oleh kerana pandemik Covid-19, Perarakan Krismas ini terpaksa di batalka, namun pada tahun ini Miri akan mengadakan Perarakan Krismas terbesar iaitu pada 3 Disember 2022.

image is not available
Buat Julung Kalinya, Perarakan Krismas Terbesar Akan Diadakan Di Miri 3 Disember Ini. Kredit gambar: Miri Edition

Perarakan Krismas meriah

Setelah dua tahun tidak diadakan, orang ramai kini boleh berkumpul dan bergembira bersama-sama meraikan perayaan Krismas yang penuh meriah ini.

Perarakan ini bakal melibatkan sekitar 17 gereja di sekitar Miri dan dijangka akan menarik perhatian ramai pengunjung. Pada tahun 2019, perarakan ini telah menarik kehadiran 40 ribu orang.

image is not available
Kredit gambar: Miri Edition

Orang ramai juga turut teruja dengan perarakan ini

Berita baik ini telah diumumkan oleh Miri Edition di Facebook dan telah meraih perhatian warganet yang rata-ratanya teruja dengan perarakan ini.

Info selanjutnya mengenai Perarakan Krismas ini akan menyusul tidak lama lagi.

Lagi event menarik menanti anda tidak lama lagi: