Buat kerja rumah, netizen puji suami Janna Nick ‘limited edition’

8 Nov 2023 • 10:59 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Suami kepada pelakon dan pengacara, Janna Nick iaitu Dini Schatzmann dilabel ‘limited edition’ selepas videonya membuat kerja rumah dimuat naik di TikTok.

Menerusi dua video dikongsi di akaun Janna, Dini yang juga aktor dilihat sedang melakukan beberapa kerja rumah seperti mengemop lantai dan menvakum habuk di kediaman mereka.

“Puji lagi, nanti takut dia kata kita tak nampak dia buat kerja,” katanya.
@jannanickofficial

Puji la lebih lebih sikit. Sebab kita malas

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

 

https://www.tiktok.com/@jannanickofficial/video/7298223259198295298

Menerusi kapsyen, pelakon berusia 28 tahun itu memuji tindakan suaminya dengan menyifatkan Dini perlu dipuji kerana mengakui dirinya dalam keadaan malas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann kerana bukan sahaja kacak namun rajin melakukan kerja rumah.

Malah, segelintir netizen turut melabel Dini sebagai seorang suami yang ‘limited edition’ atau terhad sekali gus tidak mudah untuk mencari lelaki ringan tulang sepertinya.

Suami Janna Nick ‘limited edition’,

image is not available

Rajinnya suami dia buat kerja rumah

image is not available

Lelaki kalau mengemas memang perfect

image is not available

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji dekorasi kediaman pasangan itu kerana nampak minimalis sekali gus kelihatan kemas dan tidak serabut.

Suka rumah tak banyak barang, nampak kemas

image is not available

Cantiknya rumah

image is not available

Selesa, tak serabut

image is not available

Sekadar info, Janna dan Dini telah mendirikan rumah tangga di sebuah resort mewah di Pantai Chenang Langkawi pada 10 Jun lalu.

Terdahulu, Janna terpalit dengan kontroversi berhubung drama terbaharu Surat Dari Tuhan disebabkan skrip yang kurang enak didengar membabitkan lokasi di Tanah Suci Mekah.

Suami Janna Nick ‘limited edition’

Namun begitu, dia tetap tenang dengan kecaman orang ramai dan telah pun memohon maaf kepada pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun selepas mendapat teguran.

Sumber: TikTok & Instagram Janna Nick