Buat laporan jika diganggu melalui manipulasi AI: Polis

LocalPolitics
30 Jul 2025 • 1:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Orang ramai digesa membuat laporan polis jika mereka diganggu, dipermalukan atau diugut melalui manipulasi kecerdasan buatan (AI) di platform media sosial dalam bentuk imej bergambar atau video supaya tidak ragu

Seruan itu diberikan di tengah-tengah kebimbangan mengenai penyalahgunaan imej atau video janaan-AI untuk membuli, mengugut dan memfitnah individu secara dalam talian.

Pihak berkuasa juga khuatir penyokong parti-parti politik akan turut melibatkan manipulasi AI di platform media sosial menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 yang dijadual bakal berlangsung sebelum akhir tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata pihaknya sedia maklum dengan perkembangan teknologi terkini dan mengambil langkah berjaga-jaga memantau setiap elemen termasuk manipulasi AI yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Kita sedia maklum ketika ini ada berbagai-bagai medium atau kaedah yang boleh digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memalukan atau sengaja menimbulkan isu terhadap pihak lain seperti teknologi AI.

“Kita nasihatkan buat aduan kepada polis jika menjadi mangsa,” katanya di sini pada Selasa, menambah perkara berkaitan sentiasa dipantau Bahagian Siasatan Jenayah Daerah dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah.

Jasmin berkata siasatan dan tindakan undang-undang boleh diambil menerusi akta sedia ada terutamanya jika melibatkan kes ugutan jenayah termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berikutan itu beliau turut menasihati pengguna platform media sosial supaya menjaga tingkah laku dan pertuturan bukan hanya di khalayak awam, tetapi juga di media sosial demi memastikan keselamatan, keamanan dan ketenteraman sentiasa terjaga.

Menyentuh persiapan menghadapi PRN, beliau mendedahkan pasukannya sudah membuat persiapan awal dari pelbagai aspek termasuk kesiapsiagaan keanggotaan dan mengenal pasti keperluan-keperluan penting demi memastikan keamanan ketika pilihan raya berada pada tahap maksimum.