Buat Lawak Hina Islam, Wanita Ini Buka Baju Dan Tudung Lepas Mengaku Hafaz Al-Quran

9 Jul 2022 • 4:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hina Islam Di Kelab Komedi

Buat Lawak Hina Islam, Wanita Ini Buka Baju Dan Tudung Lepas Mengaku Hafaz Al-Quran. Tular di aplikasi TikTok hari ini, seorang wanita secara terbuka membuka pakaian dan tudung dihadapan penonton selepas memperkenalkan dirinya sebagai seorang penganut ajaran Islam.

Wanita juga mengaku telah menghafaz 15 Juzuk Al-Quran. Kejadian ini didakwa berlaku di sebuah Kelab Komedi di TTDI.

image is not available
Buat Lawak Hina Islam, Wanita Ini Buka Baju Dan Tudung Lepas Mengaku Hafaz Al-Quran

“Dia menghina Islam, tapi lebih teruknya dia menghina dirinya sendiri,” – Netizen

Dalam video berdurasi 54 saat itu, wanita tersebut muncul di atas pentas dengan menggunakan baju kurung dan bertudung lengkap.

Memulakan stand up comedy dengan memperkenalkan diri sebagai seorang Muslim

Beliau memulakan persembahan stand up comedy beliau dengan memperkenalkan diri sebagai seorang muslim serta menghafal ayat al-Quran.

Selepas memperkenalkan diri, beliau meletakkan mikrofon dan kemudian menanggalkan pakaiannya satu persatu di atas pentas.

Berdasarkan video tersebut, tindakan beliau telah mendapat sorakan daripada penonton di kelab tersebut.

Sebaliknya, video tersebut mengundang kecaman hebat daripada netizen yang menganggap bahawa wanita berkenaan bukan sahaja menghina Islam, tetapi juga sebenarnya telah menjatuhkan maruah diri sendiri dan membuka aibnya di khalayak ramai.

image is not available
Lagi komen daripada netizen. Foto kredit: Firdaus Wong

image is not available
Sebahagian daripada komen netizen di Facebook. Foto Kredit: Firdaus Wong

Susulan itu, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah memulakan siasatan awal terhadap perkara terbabit dan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang mencemarkan kesucian agama Islam.

Apatah lagi, kejadian ini berlaku menjelang perayaan AidilAdha.

Semoga pihak yang bertanggungjawab memandang serius perkara ini serta mengambil tindakan ke atas wanita tersebut kerana telah mencemarkan imej Islam.

Baca lagi artikel lain: