Buat majlis akad nikah di hospital

29 Jun 2024 • 3:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Sepasang pengantin baru yang masing-masing masih dirawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini mengadakan majlis pernikahan di Wad Ortopedik Lelaki pada Jumaat.

Kenangan indah itu turut dikongsi menerusi laman Facebook rasmi HDOK dan mendapat respons positif daripada pengikut laman itu yang mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai.

Majlis akad nikah Alif Ikram dan Siti Nadhirah dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dan juga kakitangan hospital.

Difahamkan pasangan itu memilih untuk bernikah di wad tersebut kerana majlis kenduri perkahwinan mereka dijadualkan hari ini (Sabtu) di Beluran di mana semua persiapan majlis itu telah disediakan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Bagi memastikan majlis keramaian sempena perkahwinan mereka di Beluran terus dijalankan walaupun tanpa kehadiran mereka, pasangan itu memilih untuk menyempurnakan majlis akad nikah mereka di wad.

Pasangan itu belum dapat keluar dari wad kerana masih dalam proses menerima rawatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.