Buat Parodi Mondy Tatto, Baby Shima Bikin Ramai Terhibur [Video]

Entertainment
20 Sep 2023 • 6:14 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kisah kemelut di antara tiga figura iaitu Caprice, Ustaz Ebit Lew dan Mondy Tatto nyata mendapat perhatian semua pihak.

Segalanya berpunca apabila satu pendedahan dibuat oleh TikToker terkenal Indonesia itu melalui podcast The Mondy Tatoo Interview bersama Caprice pada Isnin (11 September) yang lalu.

Walaupun itu hanya merupakan bahagian pertama podcast berkenaan, ia nyata mencetuskan perbalahan di antara ketiga-tiga pihak ini sehingga menyebabkan UEL membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah terhadapnya.

Apa yang didedahkan oleh Mondy nyata mengundang reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang menyokong tindakannya namun ada juga yang mengecam.

Baby Shima Buat Parodi Podcast Mondy Tatto Bersama Caprice

Terbaharu, penyanyi dangdut kontroversi, Nor Ashima Ramli atau dikenali sebagai Baby Shima telah memuat naik satu video dan melakonkan watak sebagai Mondy Tatto.

Menerusi akaun Instagram rasminya @babyshimaofficial, kelihatan penyanyi berkenaan melukis tatoo di bahagian muka dan meniru aksi mirip influencer berkenaan sewaktu temu bual bersama Caprice.

Namun, Baby Shima dalam video tersebut tidak menggunakan suara asalnya sebaliknya hanya melakukan miming berpandukan suara Mondy.

“Dia usap seperti ini. Hampir ketahuan tu. Ditutupilah pakai beg dia di depan ini. Dia pakai ini, langsung dia berdiri, langsung dia tarik ininya. Lepas itu tutup, tutup, tutup langsung dia begini.

“Aku lagi kaget. Mau cium aku. Pegang-pegang tanganku. Usap-usap pipiku. Gitukan. Itu baru hari pertama,” ajuk Baby Shima menggunakan dialog berkenaan.

Aksi parodi penyanyi yang popular dengan lagu Roadblock Hatiku bersama kumpulan Floor 88 itu mengajuk TikToker berkenaan nyata menarik perhatian netizen.

Rata-rata mereka terkejut dan terhibur dengan dirinya yang menjelmakan diri sebagai Mondy Tatoo.

Namun, ada juga yang berpendapat dia sengaja melakukan perkara itu kerana Caprice dikatakan pernah mengutuk Baby Shima.

Dah Nak Sama Kelakar Dengan Sajat Ni

image is not available

Tatoo Tu Buat Dekat Mana Ehh

image is not available

Backup Ebit lew Sebab Caprice Pernah Kutuk Kau Ke

image is not available

Yang Ini Aku Suka, Betul-Betul Suka

image is not available

Goyang Tu Mahal Sikit

image is not available

Source: