Buat Peminat Lepas Rindu, Ini Foto Terbaru RM & V BTS Di Pusat Latihan Ketenteraan

4 Jan 2024 • 4:29 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Pastinya ini merupakan berita gembira bagi ARMY.

Akhirnya, Pusat Latihan Tentera Darat telah menyiarkan foto para pelatih di laman web rasminya.

Dalam foto itu, RM dilihat tersenyum gembira berbanding gambar yang dikeluarkan pada bulan lalu. Senyumannya itu semestinya dapat menggembirakan hati para peminatnya yang risau jika dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera.

image is not available

Dalam pada itu, gambar V juga dapat dilihat melalui perkongsian terbabit. Walaupun hanya separuh wajah yang kelihatan, matanya yang berkarisma tetap menarik perhatian peminat bahawa sosok tubuh lelaki itu adalah V BTS.

image is not available

Untuk pengethuan, RM dan V telah mendaftar dalam khidmat tentera bertugas aktif pada 11 Disember tahun lalu dan tarikh pelepasan mereka dijangka pada Jun 2025.

Tak sabar nak tengok kembali semua ahli BTS dekat satu pentas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.