Buat Penggambaran Secara Haram, Hyoyeon SNSD Antara 30 Kru Yang ‘Tersangkut’ Di Bali

Entertainment
26 Apr 2024 • 5:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Salah seorang ahli Girls’ Generation (SNSD), Hyoyeon antara 30 yang ‘tersangkut’ di Bali kerana terbabit dalam penggambaran tanpa kebenaran sewajarnya.

Menerusi portal Koreaboo yang dipetik daripada SPOTV, pihak berkuasa tempatan telah ‘menahan’ barisan pelakon dan kru rancangan Pick Me Trip in Bali setelah mendapati pasukan produksi terbabit menjalankan penggambaran secara haram.

image is not available

Foto: Koreaboo

Difahamkan, Hyoyeon SNSD, Bomi Apink, Dita Secret Number dan bekas ahli kumpulan I.O.I, Nayoung antara pelakon yang terlibat dengan penggambaran tersebut.

Mengikut perancangan awal, para pelakon ini dilaporkan telah tiba di Bali pada 21 April lalu dan mereka dijangka akan pulang semula ke Korea Selatan pada Rabu iaitu kelmarin.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa telah menahan kesemua kru rancangan itu memandangkan mereka tidak mempunyai kebenaran untuk sesi penggambaran di bandar tersebut.

image is not available

Foto: Koreaboo

Selain pasport barisan kru dan pelakon telah dirampas, mereka juga kini dilaporkan sedang menetap sementara di sebuah hotel bagi menunggu siasatan pihak berkuasa.

image is not available

Foto: IG Hyoyeon

Dalam pada itu, sebuah agensi yang tidak dikenali memaklumkan bahawa kesemua mereka ditahan disebabkan oleh tidak memiliki visa yang sewajarnya.

“Mereka dalam siasatan kerana masalah visa. Kami dapat menghubungi mereka petang semalam, tetapi pada masa ini komunikasi terganggu. Kami berpendapat mereka akan dapat semula selepas siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, ada juga yang mendakwa barisan pelakon rancangan ini tidak mengetahui punca ditahan memandangkan pihak produksi enggan menjelaskan situasi berkenaan.

Sumber: Koreaboo