“Buat Perangai Macam Dekat Negara Sendiri” – Wanita Dipercayai Warga Asing Selamba Sidai Baju Tepi Jalan Di Klang

6 Jul 2026 • 12:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak semua namun ada sahaja kisah kurang enak sering kedengaran melibatkan warga asing di Malaysia.

Ini kerana sikap dan perangai dari kebanyakan golongan ini dilihat sering mengganggu malah menyusahkan penduduk setempat.

Warga Asing Didakwa Selamba Jemur Kain Di Pagar Tepi Jalan Di Klang

Semalam (5 Julai), tular di media sosial perbuatan seorang wanita dipercayai warga asing yang selamba menjemur baju di tepi jalan raya.

Insiden itu dikongsikan oleh seorang individu yang menyaksikan kejadian tersebut dalam satu hantaran di Threads @niklaici.

Kongsi pengguna berkenaan, dia pada ketika itu sedang berjalan-jalan di Pasar Jawa, Klang sebelum ternampak seorang wanita sedang menjemur baju pada pagar di tepi jalan raya.

“Aku benci warga pendatang asing buat perangai macam dekat negara sendiri. Kisahnya aku jalan-jalan dekat Pasar Jawa. Nampak makhluk ni sidai baju dengan selambanya dekat tepi jalan. Sakit mata oi,” kongsinya.

Menerusi hantaran tersebut, pengguna berkenaan turut berkongsi gambar yang memaparkan perbuatan wanita berkenaan.

Kelihatan lebih dari 10 helai pakaian yang terdiri daripada T-shirt serta seluar panjang disidai pada pagar terbabit.

Malah turut kelihatan seorang wanita berbaju kemeja warna kuning dan berseluar hitam dilihat sedang menjemur pakaian berkenaan.

Individu Dakwa Dah Beri Teguran Tapi Diendahkan

Dakwa pengguna itu lagi, dia telahpun memberi teguran kepada wanita berkenaan namun dibalas dengan bahasa yang tidak difahami olehnya.

“Aku dah tegur dia balas balik dalam bahasa dia. Menyesal pula aku tak up lagi level kurang ajar aku. 

“Lokasi Pasar Jawa, Klang. Berdekatan LRT Jambatan Kota. Ikut hati memang aku nak campak je tapi aku fikirkan keselamatan sebab sini bersepah warga asing. Nearby dobi yang guna warga asing,” katanya.

View on Threads

Warganet Kecam Warga Asing Jemur Baju Di Pagar Tepi Jalan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 107,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mengkritik tindakan warga asing berkenaan yang menjemur baju di tepi jalan. Ini kerana mereka berpendapat perbuatan sebegini boleh menjejaskan imej negara.

Malah, ada netizen lain rupanya turut pernah berhadapan situasi sama terlihat indvidu dipercayai warga asing menyidai baju di tempat yang tidak sepatutnya.

Pada masa sama, ramai yang mahu pihak berkaitan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas berhubung kejadian terbabit.

MBDK Akan Lakukan Pemantauan Berkala

Terbaharu, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya mengambil maklum isu tular itu.

Ekoran insiden terbabit, MBDK akan menjalankan pemantauan berkala di lokasi terbabit apatah lagi kawasan itu kini menjadi tumpuan disebabkan kewujudan LRT3.

“Semua pihak perlu ada sensiviti dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan Bandaraya Diraja Klang,” kata mereka.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Kutipkan Semua Pakaian Tu, Lepas Tu Buang Dalam Tong Sampah Atau Bakar Je, Biar Dia Tahu Tak Boleh Sidai Situ”

Image from: “Buat Perangai Macam Dekat Negara Sendiri” – Wanita Dipercayai Warga Asing Selamba Sidai Baju Tepi Jalan Di Klang

“Dekat Sebelah TF Value Mart Pagar Longkang Besar Tu Aku Perasan Dah Ada Ampaian”

Image from: “Buat Perangai Macam Dekat Negara Sendiri” – Wanita Dipercayai Warga Asing Selamba Sidai Baju Tepi Jalan Di Klang

“Ikut Dan Dia Je Nak Jemur Merata, Mencacatkan Imej Negara”

Image from: “Buat Perangai Macam Dekat Negara Sendiri” – Wanita Dipercayai Warga Asing Selamba Sidai Baju Tepi Jalan Di Klang

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Didakwa Selamba Kencing Ketika Turun Escalator Di MRT Titiwangsa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Warga Asing Selamba Jual Tanah Orang Lain Tanpa Pengetahuan Pemilik [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Tegur Warga Asing Didakwa Ambil Makanan Infak Di Masjid Secara Berlebihan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved