'Buat permohonan maaf atau berdepan tindakan undang-undang'

LocalPolitics
30 Jan 2026 • 7:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dakwaan individu berkenaan mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

 

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius hantaran di platform TikTok yang mengandungi tohmahan serta dakwaan berunsur fitnah oleh individu yang disiasat berkaitan kes counter setting.

SPRM dalam kenyataan berkata, hantaran terbabit antara lain menuduh bahawa satu 'saman palsu' diserahkan oleh pegawai SPRM serta melabelkannya sebagai satu scam.

Menurutnya, dakwaan ini sama sekali tidak benar, mengelirukan dan menjejaskan kredibiliti SPRM sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

"SPRM telah mengeluarkan tuntutan supaya permohonan maaf terbuka dibuat dan hantaran fitnah terbabit diturunkan serta-merta.

"Sekiranya individu berkenaan gagal mematuhi tuntutan ini, tindakan undang-undang akan diambil bagi melindungi imej dan reputasi suruhanjaya," katanya pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan, SPRM memperoleh izin Pejabat Peguam Negara mendakwa individu tersebut.

"Pertuduhan dijadualkan pada 5 Februari depan berhubung dakwaan kes rasuah berkaitan 'counter setting' imigresen," ujarnya.

Tegasnya, SPRM menegaskan bahawa semua siasatan dijalankan secara profesional dan berlandaskan undang-undang, serta mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved