
Pengorbanan seorang bapa buat ramai sebak
Buat Ramai Sebak, Bapa Dari Sarawak Sanggup Tunaikan Hajat Anak Ingin iPhone. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian seorang pemilik kedai di TikTok, di mana dia berkongsi kisah pelanggannya yang merupakan seorang bapa, sanggup memenuhi permintaan anak untuk menggunakan telefon pintar, iPhone.
Dalam video yang dikongsikan itu, si bapa tersebut dilihat bersama anak perempuannya datang ke kedai untuk membeli iPhone XR.

Ramai sebak dengar perjanjian si bapa dengan anak
Apa yang membuat ramai berasa sebak dengan pembelian ini adalah, setelah sahaja mendengar pemilik kedai itu memaklumkan harga iPhone yang dikehendaki anaknya berjumlah RM 950, si bapa terus membuat perjanjian dengan anaknya.
Sebelum bayar, mesti janji dulu. Ini bukan untuk bercinta. Guna untuk pergi sekolah. Senang je janji tu.”
”Bapa takut anak kecil hati, terasa hati, bapa dengar kata anak, anak dengar kata bapa. Bapa bukan nak suruh anak jadi jahat, tetapi nak menjadi orang yang baik”, kata pelanggan tersebut.

Usaha menunaikan permintaan anak
Si bapa juga turut berkata, kerana takut kedai berkenaan tutup, dia sanggup tidak mandi lepas balik dari kerja untuk menunaikan permintaan anak perempuannya itu.
Dia minat dengan iPhone, kawan-kawan dia semua pakai iPhone. Saya terpaksa beli untuk dia, biar dia sama dengan kawan dia,” kata pelanggan lelaki itu lagi.
Pemilik kedai pula telah memberikan diskaun sebanyak RM50 terhadap pelanggannya itu atas pembeliannya.
Di ruangan komen pula, ramai yang meluahkan rasa sebak melihat pengorbanan seorang bapa yang sanggup menuruti permintaan anaknya.
Lihat komen dari netizen di sini:



Netizen rata-ratanya berasa sebak dan terharu dengan pengorbanan si bapa yang sanggup menunaikan permintaan anaknya untuk memiliki sebuah telefon pintar berjenama Apple.



