Buat Room Tour Ke? - Warganet ‘Cair’ Tengok Telatah Comel Anak Vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah 

Music
7 Feb 2023 • 7:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ali Sariah bersama anak-anaknya Muhammad dan Rumi.

“Comelnya,”

Demikian reaksi warganet sebaik sahaja melihat video telatah anak vokalis Kugiran Masdo, Ali Sariah yang dimuat naik di laman TikTok. 

Dalam video berdurasi kurang 50 saat itu menunjukkan Ali sedang memetik gitar sambil menyanyikan lagu Inilah JalanNya bersama-sama dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Rumi.

Tidak lama selepas itu salah seorang anaknya, Rumi mengambil telefon bimbit dan menunjukkan keadaan sekeliling bilik mereka. 

Ali hanya meneruskan nyanyian, membiarkan anaknya merakam momen bersahaja mereka bertiga. 

“Rumi tengah buat room tour ke tu?” tanya seorang pengguna.

“Inilah yang jadi bila bapa-bapa jaga anak,” tulis satu komen.

“Comelnya dua beradik,” tulis komen yang lain. 

Terkini, Masdo baru sahaja melancarkan lagu terbaharu Inilah JalanNya yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Noh Salleh.

Inilah JalanNya menceritakan tentang detik percintaan dua pasangan. Masing-masing tidak mengungkapkan cinta tetapi hanya membalas senyuman dan pandangan kepada orang yang diminatinya. – Getaran, 7 Februari 2023

View Original Article