Buat sendiri puas hati, pak cik kongsi resipi lai chi kang versi original buat ramai terliur

FoodCooking
29 Mar 2023 • 4:34 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Buat sendiri puas hati, pak cik kongsi resipi lai chi kang versi original buat ramai terliur

SEBUT sahaja lai chi kang, pasti ramai mengenalinya. Sejenis air yang mempunyai pelbagai bahan campuran.

Lai chi kang ni sangat digemari ramai kerana ia enak dinikmati dalam keadaan minuman panas mahupun sejuk.

Sedapnya berbuka puasa dengan minum air lai chi kang ni, aduhai sejuk tekak.

Bahan-bahan yang digunakan agak banyak namun minuman ini dikatakan mempunyai khasiat tersendiri.

Selain bagus untuk kesihatan, lai chi kang ini dikatakan boleh meradakan panas dalam badan.

Mak-mak boleh buat sendiri je ikut resipi pak cik ini, boleh letak bahan yang disukai banyak-banyak. Mesti puas hati!

Memang berbaloi! Buktinya, perkongsian pak cik Ariff Budiman Zainal Abidin kini telah mendapat hampir 3,000 perkongsian dan rata-rata terliur melihat fotonya.

Selain itu, ramai yang mengatakan resipi itu adalah ramuan original lai chi kang. Jadi ayuh cuba membuatnya!

image is not available

Bahan-bahannya;

  • Barli
  • Gula batu
  • Longan kering
  • Kurma merah
  • Kulat kering
  • Gula kabong
  • Kismis
  • Getah anggur
  • Kundur
  • Biji selasih
  • Kembang semangkuk

Cara membuatnya;

1. Biji selasih dan kembang semangkuk direndam hingga kembang.

2. Bahan lain direbus. Masuk sehelai daun pandan nak bagi wangi. Campurkan semua dan sejukkan. Siap dihidang.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.