Buat tuntutan palsu lebih RM1.3 juta, 4 ditahan termasuk Guru Besar

5 Feb 2024 • 6:50 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Empat individu ditahan berhubung isu tuntutan palsu berkaitan pembekalan makan minum murid dan kontrak pembersihan sekolah.

Mereka yang ditahan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu itu termasuklah seorang Guru Besar, ketua pembantu tadbir dan dua pengurus syarikat.

Penahanan mereka atas dakwaan berkomplot dalam membuat tuntutan palsu bagi pembekalan makan minum murid di asrama sebuah sekolah rendah di negeri ini membabitkan kontrak pembekalan bernilai RM 1.3 juta.

Tuntutan palsu tersebut yang dibuat pada tahun 2022 sehingga 2023 melibatkan tuntutan ke atas 100 orang murid. Bagaimanapun, jumlah sebenar hanyalah 35 orang murid.

Dalam operasi sama, SPRM Terengganu turut menjalankan siasaran terhadap tuntutan palsu yang membabitkan kontrak pembersihan berjumlah RM35,000 di sekolah yang sama.

Susulan itu, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Menurut Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan tidak menolak kemungkinan terdapat lagi tangkapan susulan berkaitan siasatan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved