Buat Video ‘I Stand With Israel’, Baby Shima Kena ‘Sound’ Dengan Janna Nick – “Stop, This Is Not A Joke”

Entertainment
17 Oct 2023 • 12:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dangdut, Baby Shima meraih perhatian di media sosial selepas memuat naik video yang ‘trigger’ warganet di Instagram dan TikTok semalam.

Menerusi video tersebut, Shima menggunakan filter ‘I Stand With Israel’ yang mempamerkan bendera negara itu namun pada hujung rakaman dia menumbuk dan memijak menandakan protes.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen mengatakan mereka terkejut serta hampir memaki hamun Shima dek kerana filter tersebut.

Namun, Shima turut dikecam sesetengah individu kerana bergurau tentang isu tersebut malah aktres Janna Nick turut menegur penyanyi dangdut tersebut.

Berhenti buat konten macam ni. Ini bukan jenaka.

image is not available

Warganet lain turut mengkritiknya kerana membuat video sebegitu dan berpendapat dia sememangnya seorang attention seeker dan sukakan kontroversi.

image is not available image is not available