
Pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong memang dikenali sebagai seorang ‘content creator’ di YouTube.
Dia bersama isterinya, Paula Verhoeven sering memuat naik kandungan di saluran YouTube dan memiliki lebih kurang 20.8 pengikut di media sosial tersebut.
Baru-baru ini, pasangan ini dikecam hebat peminat setelah mereka melakukan ‘prank’ terhadap pihak polis yang menyentuh isu keganasan rumah tangga.
Meskipun sudah dipadam setelah menerima kritikan netizen di sana, ia menunjukkan Baim dan Paula berpura-pura membuat laporan polis kononnya mereka mengalami keganasan rumah tangga.
Paula yang hadir ke balai polis kemudiannya dirakam Baim yang turut mengikuti masuk ke pejabat difahamkan di daerah Kebayoran Lama.
Meskipun hanya sekadar suka-suka, kandungan video tersebut menerima banyak komen negatif kerana ia seolah-olah mengejek situasi yang dialami penyanyi Lestri Kejora yang didakwa telah menjadi mangsa dera suaminya sendiri, Rizky Billar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
(VIDEO) "Kalini Tak Kelakar" - Titip Pesanan 'Orang Single Tak Berguna', Ramai Netizen Nak 'Cancel' Ryan Bakery?
The post Buat Video ‘Prank’ Polis Konon Alami Keganasan Rumah Tangga, Baim Wong & Isteri Teruk Dikecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
