“Buat Video ‘Soft-P*rn’, Nak Cabar Siapa?!” – Ustazah Asma Persoal Tindakan Aliff Syukri

15 Aug 2022 • 3:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sejak beberapa hari yang lalu, usahawan kontroversi iaitu Datuk Aliff Syukri dikecam teruk oleh warganet gara-gara muzik video barunya menampakkan penyanyi, Baby Shima bergelek dengannya.

Akibat menerima kecaman yang agak hebat daripada para warganet, Aliff mengambil tindakan memadam semua foto serta video yang ada di Instagram.

Bukan hanya ditegur oleh netizen, malah pendakwah bebas iaitu Ustazah Asma Harun turut mempersoalkan tindakan usahawan itu yang semakin hari semakin berani membuat perkara yang dimurka oleh Allah S.W.T.

Sengaja buat video soft-porn dan gadai maruah muslim! Mereka nak cabar siapa sebenarnya?

Dalam pada masa yang sama, Ustazah Asma seakan-akan kecewa dengan perbuatan mereka kerana boleh dikatakan sudah banyak kali ditegur atas perbuatan berlebihan mereka berdua.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet berkenaan video terbabit, malah ada yang meminta pihak JAKIM mengambil tindakan ‘keras’ kepada usahawan tersebut dan tidak mempunyai sifat double standard hanya kerana dia golongan berduit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Betul, Allah Uji Dengan Suami" - Datin Nur Shahida Redha Dapat Suami Macam Aliff Syukri