“Buat Zuriat Ibu Kandung, Kuatlah Sayang” – Isu Belum Selesai, Shuhada Dedah Hamil 10 Minggu

EntertainmentFamily & Parenting
13 Apr 2023 • 10:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shuhada hamil

Menerusi satu perkongsian di Instagram, isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dirinya kini sedang hamil 10 minggu.

Jika sebelum ini Shuhada kelihatan kuat, namun ada hari dia juga kecundang dengan dugaan yang menimpanya.

Shuhada rupanya sedang hamil 10 minggu

Shuhada memaklum dirinya kini sedang mendapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapinya. Dia mahu kuat untuk menjaga dua anak termasuk bayi di dalam kandungan.

Namun, buat masa sekarang dia tak boleh ambil ubat hospital kerana takut akan beri kesan kepada kandungan.

Tak kuat hadapi dugaan

image is not available

Malah, dia juga jatuh pengsan hari ini dan dinasihatkan untuk berbuka puasa. Walaupun susah untuk ditelan, Shuhada menerima perjalanan hidup yang sudah ditentukan ini.

Dia bersyukur ada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat untuk dirinya bangkit. Sempena 10 terakhir Ramadan, Shuhada berharap Allah SWT mengurniakan pelangi buat dirinya.

Kredit: Instagram Shuhada Shukri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.