Buaya 10 Dan 16 Kaki Lepas Di Matang Wildlife Centre, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati

13 Mar 2023 • 8:22 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penduduk di kawasan berhampiran diminta berhati-hati.

Buaya 10 Dan 16 Kaki Lepas Di Matang Wildlife Centre, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati. Pada petang Sabtu lalu, dua ekor buaya dilaporkan telah lepas dari kandangnya yang rosak gara-gara hujan lebat tanpa henti di Matang Wildlife Centre.

image is not available
Buaya 10 Dan 16 Kaki Lepas Di Matang Wildlife Centre, Orang Ramai Diminta Berhati-Hati

Buaya 10 dan 16 kaki lepas

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam catatan Facebook berkata bahawa buaya-buaya yang lepas berkenaan berukuran kira-kira 10 kaki dan 16 kaki.

Penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran terutamanya di Kampung Rayu serta kawasan berdekatan diminta berwaspada dan berhati-hati dengan kejadian ini.

image is not available

SFC bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan

Dalam masa yang sama, pihak SFC juga turut menasihati orang ramai agar tidak panik kerana pihak mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjejaki buaya yang lepas tersebut.

Bagi anda di luar sana yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan buaya diminta menghubungi pihak SFC di talian 019-8859996 (Kuching).

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved