
BONGAWAN: Kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 12 kaki di Pantai Kenangan mencetuskan kebimbangan penduduk.
Seorang penduduk, Eton berkata reptilia itu muncul semasa air pasang dan banjir.
Dia menasihatkan penduduk Kampung Bongawan dan kawasan sekitar agar lebih berhati-hati apabila pergi ke sungai.
“Jangan biarkan anak-anak mandi-manda atau berada di tebing sungai kerana buaya itu boleh membahayakan keselamatan mereka.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Selain itu, nelayan yang sering pergi ke sungai juga mesti lebih berhati-hati,” katanya.
Eton menggesa pihak berwajib, khususnya Jabatan Hidupan Liar, untuk mengambil tindakan segera memerangkap dan menangkap buaya itu sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Sementara itu, seekor buaya sepanjang 12 kaki juga dilihat berdekatan sungai di Kg Sinapokan, Menumbok.
Seorang penduduk, Mohammad Firdaus berkata reptilia itu timbul berdekatan perahu nelayan.
“Sejak beberapa minggu ini, buaya banyak kali dilihat dan ini merupakan suatu amaran kepada penduduk supaya lebih berhati-hati ketika berada di sungai,” katanya.
Di Sipitang pula, orang ramai dikejutkan dengan kehadiran seekor anak buaya di Pantai Esplanade pada Selasa, dan berpusu-pusu datang melihat anak buaya itu sebelum ditangkap dan diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Calvin Joe Jeafery mengesahkan kejadian itu pada Rabu, mengatakan anak buaya itu ditangkap oleh seorang penduduk dan dihantar ke balai bomba.
“Pihak Bomba akan menghubungi dan menyerahkan reptilia ini kepada Jabatan Hidupan Liar,” katanya.
Sehubungan itu, Calvin Joe berharap orang ramai lebih berhati-hati semasa melakukan aktiviti di pantai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
