Buaya Di Pasir Panjang Kuching, Buat Orang Ramai Takut Pergi ‘Healing’

15 Aug 2023 • 5:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penemuan ‘raja sungai’ di pasir panjang atau pasir pandak, orang ramai disarankan untuk lebih berhati-hati

Buaya Di Pasir Panjang Kuching, Buat Orang Ramai Takut Pergi ‘Healing’. Seperti yang diketahui umum, pantai merupakan tempat yang memberikan ketenangan fikiran dengan bunyi ombak, pijak pasir laut dan hembusan angin.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang individu memuat naik satu rakaman mengenai penemuan seekor buaya di pantai pasir panjang, Kuching.

image is not available
Sumber: facebook

Difahamkan, pantai pasir panjang atau pasir pandak itu adalah tempat untuk keluarga atau rakan-rakan beriadah pada waktu petang.

Orang ramai takut untuk pergi ke pantai itu lagi

Menerusi perkongsian individu tersebut di laman Facebook, rata-rata warganet gerun dan takut untuk pergi ‘healing’ ke pantai itu lagi. Malah ramai yang melarang untuk jangan pergi ke pantai tersebut.

“Sebab ni lah takut dah nak bawa anak-anak pergi ke pantai untuk berenang, buaya sekarang dah semakin menjadi-jadi, dulu rasa selamat je nak berenang,” ujar salah seorang pengguna di Facebook.

Bahkan, ada juga yang menyarankan untuk dipagarkan sepanjang pantai bagi mengelakkan orang ramai pergi ke pantai.

image is not available
Sumber: facebook

Mungkin buaya itu lapar kerana lawan arus air

Bukan itu sahaja, segelintir warganet turut menyatakan bahawa mungkin buaya tersebut ‘badmood’ atau lapar kerana dipercayai buaya berkenaan melawan arus air.

Untuk makluman, pada zaman dahulu di sungai Belawai, terdapat seekor buaya yang mengganas dan ianya dikenali sebagai Bujang Belawai atau turut digelar sebagai ‘Raja Melanau oleh penduduk tempatan.

Baca juga artikel yang berkaitan: