
KOTA KINABALU: Seekor buaya dilaporkan muncul di perairan pantai Tanjung Aru sekitar jam 8.15 pagi Ahad, menurut hantaran di Facebook APM Kota Kinabalu.
Susulan itu, petugas menara penyelamat pantai memacakkan bendera merah sebagai peringatan kepada pengunjung di sekitar pantai.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengehadkan aktiviti air sebagai langkah keselamatan.
Pemantauan rapi terus dijalankan oleh petugas menara penyelamat.




