
Kota Kinabalu: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menangkap dua ekor buaya di tasik dekat trek jogging Likas di mana buaya sering dilihat.
Bagaimanapun, difahamkan tangkapan pertama pada 14 April lalu mati dalam perangkap jaring. Ia adalah buaya jantan seberat 33kg berukuran enam kaki enam inci.
Pengarah JHL Augustine Tuuga berkata buaya itu akhirnya mula memakan umpan ayam, yang biasanya lebih awal dimakan oleh biawak.
Tangkapan kedua pada Ahad lalu (30 April) adalah yang pertama ditangkap menggunakan perangkap logam dekat padang golf.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more “Kakitangan JHL semasa pemantauan rutin mendapati seekor buaya betina sepanjang lima kaki termasuk jerat dan memindahkannya ke Pusat Menyelamat di Potuki, Putatan.
“Kami menggunakan perangkap sama di seluruh negeri berjaya memerangkap buaya sehingga 16 kaki,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, jurucakap Stadium Likas menggesa ahli rekreasi supaya berhati-hati dengan tidak menghampiri tasik.
“Kosongkan kawasan itu serta-merta apabila ternampak buaya. Pemantauan keselamatan akan diteruskan bersama-sama JHL yang memiliki kepakaran mengenai perkara itu, bagi memastikan keselamatan pelanggan,” katanya.
Tiga ekor buaya dikesan di tasik itu pada awal April. Bagaimanapun, jumlah haiwan ini tidak diketahui.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
