
LAHAD DATU: Seekor buaya sepanjang satu setengah meter ditangkap di hadapan sebuah rumah di Taman Seri Perdana, pada Jumaat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.04 malam.
Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan ke tempat kejadian dan sebaik tiba melihat buaya itu di hadapan pintu pagar rumah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pasukan itu menangkap buaya itu menggunakan alat khas dan menyerahkannya kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
“Operasi tamat pada 10.23 malam,” katanya.


