Buaya Ditemui Dalam Parit Kawasan Taman Permainan Di Bandar Baru Samariang

14 Oct 2022 • 1:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buaya tersebut ditemui di parit taman permainan kawasan perumahan.

Buaya Ditemui Dalam Parit Kawasan Taman Permainan Di Bandar Baru Samariang. Pada hari ini, kita dikejutkan dengan kes penemuan seekor buaya di kawasan perumahan di Taman Serambi, Bandar Baru Samariang.

Apa yang lagi menyeramkan adalah buaya tersebut ditemui di parit taman permainan kanak-kanak di kawasan perumahan berkenaan. Bagaimanapun, pihak Bomba Petra Jaya telah berjaya menangkap buaya yang besar tersebut.

image is not available
Buaya Ditemui Dalam Parit Kawasan Taman Permainan Di Bandar Baru Samariang. Gambar tangkap layar dari video Live Sarawak Edition

Buaya akan diserahkan kepada SFC

Di dalam video live di Facebook yang telah diambil oleh Sarawak Edition itu, pihak Sarawak Edition berkata buaya tersebut akan diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Panjang buaya tersebut setakat ini belum lagi dikenal pasti namun iainya adalah agak besar dan menyerupai saiz buaya dewasa.

image is not available
Gambar tangkap layar dari video Live Sarawak Edition

Sentiasa berhati-hati terutamanya bagi yang mempunyai anak-anak kecil

Oleh demikian, diharap agar penduduk di kawasan berdekatan untuk berhati-hati terutamanya bagi yang mempunyai anak-anak kecil mahupun haiwan perliharaan kesayangan.

Jangan sesekali membiarkan anak-anak atau haiwan perliharaan kesayangan anda untuk keluar sesuka hati dan sentiasa utamakan keselamatan mereka.

Populasi buaya di Sarawak memang tinggi, baca lagi di sini kes buaya di negeri ini: