Buaya muncul di Tasik Seksyen 7, Perhilitan pasang perangkap, orang ramai dinasihat elak riadah

3 Sep 2024 • 5:22 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 3 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memasang tali penghadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7, di sini susulan laporan kemunculan seekor buaya di tasik itu.

Pihak berkuasa tempatan itu juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta mengelak untuk beriadah di kawasan tersebut.

“Pemasangan tali penghadang sebagai langkah keselamatan. MBSA akan memantau keadaan dari semasa ke semasa.

“Jabatan Perhilitan Selangor juga akan meletakkan kain rentang peringatan di sekitar Tasik Seksyen 7 serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved