Buaya Tasik Shah Alam masuk perangkap

LocalEnvironment
4 Sep 2024 • 10:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Buaya tembaga yang berjaya ditangkap selepas kira-kira 10 jam perangkap dipasang di Tasik Shah Alam Seksyen 7 dekat sini.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor berjaya menangkap buaya tembaga di Tasik Shah Alam Seksyen 7 dekat sini selepas kira-kira 10 jam perangkap dipasang di tasik berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh menerusi aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian kira-kira jam 10.30 malam tadi.

"Buaya sudah ditangkap," katanya dan memaklumkan reptilia itu masih berada di lokasi sebelum kerja-kerja pemindahan dijalankan kakitangan Perhilitan Selangor.

Terdahulu, Perhilitan Selangor memasang dua perangkap dengan berat kira-kira 200 kilogram (kg) bagi setiap perangkap untuk menangkap buaya tembaga di tasik tersebut sekitar jam 10 pagi pada Rabu.

Wan Mohd Adib ketika ditemui berkata, dua perangkap yang dipasang diyakini berupaya untuk menangkap reptilia tersebut dan salah satunya dipinjam daripada Perhilitan Negeri Sembilan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved