
BEAUFORT: Penduduk Kampung Lajau gempar apabila seekor buaya muncul di kawasan rumah mereka sekitar jam 12.50 pagi Khamis lalu, kata Pegawai Pertahanan Awam (APM) Kapten Hazlee Shah Abd Hamid.
Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota APM digegaskan ke lokasi kejadian dan mendapati seekor buaya berada di kawasan rumah terbabit.
“Buaya sepanjang 1.5 meter dan seberat 20 kilogram itu ditangkap menggunakan penjerut khas,” katanya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Buaya itu dibawa ke pangkalan APM sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar pada esoknya.
Sementara itu, di Kampung Kabajang, seorang penduduk yang dikenali sebagai Rel memaklumkan isterinya menangkap seekor anak ular tedung selar dengan menutupnya menggunakan baldi.
Menurut Rel, dia kemudian membunuh ular berkenaan dengan memijaknya menggunakan kasut.
“Ular itu kecil tetapi sangat berbahaya, jadi saya tak fikir dua kali. Saya yakin ia ada induk kerana rumah saya berhampiran dengan kawasan hutan,” katanya.
Dalam kejadian lain, seorang pengusaha, Norhayani Awang, terkejut apabila menemui seekor anak ular sawa bersembunyi di bawah kereta di Beaufort Sentral pada Rabu.
Biarpun panik, dia segera memanggil suami dan anaknya untuk membantu menangkap ular berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Ishak Jabas ketika dihubungi berkata, cuaca panas ketika ini menyebabkan reptilia seperti ular keluar mencari tempat perlindungan yang lebih sejuk, termasuk di kawasan perumahan.
“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, terutamanya jika rumah mereka berhampiran kawasan hutan. Jangan sesekali cuba menangkap ular berbisa sendiri; hubungi pasukan Bomba atau APM untuk bantuan,” katanya.

