Bubar DUN: Saarani menghadap Sultan Perak

Politics
12 Oct 2022 • 2:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saarani tiba di Istana Kinta di sini pada Rabu bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

IPOH - Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta di sini pada Rabu bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Beliau yang juga Pengerusi BN Perak tiba dengan menaiki kenderaan rasmi pada jam 2.08 petang bagi mendapatkan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan serentak dengan Parlimen.

Terdahulu, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin turut tiba di Istana Kinta.

Media melaporkan Saarani mengesahkan akan menghadap Sultan Nazrin sekitar jam 2 petang untuk mendapatkan perkenan pembubaran DUN.

Pengamal media mula memenuhi pekarangan luar istana seawal jam 1 tengah hari bagi menunggu perkembangan lanjut hasil pertemuan tersebut.

Setakat ini, hanya kerajaan Selangor mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN sehingga hujung tahun ini.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU15.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved