Bubar DUN: Sanusi dijangka menghadap Sultan Kedah hari ini

LocalPolitics
25 Jun 2023 • 9:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Sanusi dijangka menghadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman pada Ahad.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad.

Muhammad Sanusi akan menghadap Sultan Sallehuddin bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Beliau dijadualkan menghadap Sultan Sallehuddin pada jam 10.15 pagi di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Kedah bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Sallehuddin untuk mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran pada 25 Jun ini.

Enam negeri akan melaksanakan PRN pada tahun ini termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved