Bubar Parlimen, PRU15 tidak jejas sambutan Deepavali: PM

Politics
24 Oct 2022 • 1:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ismail Sabri (kiri) menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri SA. Vigneswaran (dua dari kiri) di Kota Kemuning pada Isnin. - Foto Bernama

image is not available
Ismail Sabri (duduk, kiri) bersama Wee Ka Siong (kanan) ketika menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran (tengah) pada Sabtu. - Foto Twitter Ismail Sabri

SHAH ALAM - Pembubaran Parlimen dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjejaskan kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Malaysia beragama Hindu kerana membubarkan Parlimen untuk diadakan PRU15 dalam tempoh hampir dengan sambutan Deepavali.

"Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali.

"Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui semasa menghadiri rumah terbuka Deepavali Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran di sini hari ini.

**media[1955133]**

Perdana Menteri berkata, beliau melihat sambutan perayaan itu tahun ini amat meriah dan melambangkan semangat kekeluargaan Keluarga Malaysia seperti yang sentiasa diidamkannya.

"Inilah sebenarnya keharmonian yang kita perlukan bagi kita meneruskan pembangunan negara,” kata beliau.

Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved