Bubar Umno: Tun M cabar Zahid dedah bukti

Politics
30 Jun 2022 • 1:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PETALING JAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi(gambar) dicabar mengemukakan bukti berhubung dakwaan mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memintanya membubarkan parti Umno, lapor Sinar Harian.

“Apa bukti dia (Ahmad Zahid) saya kata macam itu. Dia boleh cerita macam-macam, benda yang kita bercakap perlu ditunjuk bukti (kononnya) kita bercakap macam itu,“ katanya ketika ditemui media selepas mengadakan pertemuan bersama pengusaha feri di Langkawi, pada malam Rabu.

Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu bahawa Dr Mahathir telah meminta dirinya untuk membubarkan Umno kerana parti itu tiada masa depan dan tidak boleh dipercayai.