Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di ‘Kueh Kopi’ Semariang

26 Jun 2023 • 4:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port baru sarapan pagi buat warga Kuching

Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di ‘Kueh Kopi’ Semariang. Jika anda mencari hidangan minum pagi yang istimewa seperti bubur berlauk dan roti bakar, Kueh Kopi antara port dan pilihan yang tepat buat anda.

Kedai ini terkenal dengan sajian bubur berlauk dengan pelbagai ‘condiments‘ ataupun menu sampingan sebagai penambah selera.

Jika anda lebih suka hidangan yang lebih simple, roti bakar adalah pilihan yang paling disyorkan apabila anda ke sini.

image is not available
Bubur Berlauk Dan Roti Bakar Jadi Sajian Istimewa Minum Pagi Di ‘Kueh Kopi’ Semariang. Kredit: Kueh Kopi

Roti bakarnya juga dikatakan best seller di sini.

Di Kueh Kopi, roti bakar disajikan dengan pelbagai jenis toping yang menarik.

Anda boleh memilih untuk mencuba roti bakar yang disapu dengan mentega dan seri kaya. Kombinasi rasa yang sempurna antara manis dan berlemak ini pasti akan memuaskan selera anda ditambah lagi dengan aroma roti yang dibakar.

image is not available

Bukan itu sahaja, kedai ini turut menawarkan pelbagai menu sarapan yang lebih menarik untuk anda bertukar-tukar selera.

Antaranya ubi kayu rebus dan dimakan bersama kelapa parut serta sambal tumis, popia basah, bihun belacan dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk pesan bersama secawan kopi yang dihidangkan di sini! Yang pastinya kopi di kedai ini paduuu sesuai dengan nama kedainya ‘Kueh Kopi’.

image is not available

Buat anda yang bercadang ke sini, dinasihatkan untuk datang lebih awal.

Lokasi: Ground Floor, Lot 4100, Blok 7, Salak Land District, Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali ahad dari jam 7 pagi hingga 3 petang

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article