Budak 10 tahun antara 4 warga asing ditahan dalangi kes samun di Sabah

16 Jan 2024 • 6:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak antara empat warga asing ditahan kerana dipercayai mendalangi kes samun di sekitar Kota Kinabalu, Sabah hujung minggu lalu.

Empat suspek lelaki berusia 10 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di Jalan Segama dan Jalan Tugu, Kampung Air.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Jauteh Dikun berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan beberapa kes samun di kawasan tumpuan pelancong sekitar Kota Kinabalu dengan penahanan empat suspek terbabit.

Katanya, tangkapan itu susulan laporan samun oleh seorang warga China yang kehilangan wang tunai dan beberapa barang berharga pada 30 Dis lalu.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Turut dirampas dua bilah pisau, pemutar skru dan tukul yang digunakan suspek,” katanya menurut Harian Metro.

Jauteh berkata, hasil risikan dan pemantauan, dua lagi lelaki termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun ditahan dalam serbuan di Jalan Tugu Kampung Air pada 5.20 petang Ahad lalu.

Katanya, semua suspek tiada dokumen pengenalan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Beliau berkata, polis akan terus menjalankan operasi cegah jenayah di kawasan tumpuan pelancong sekitar bandar raya itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.