
Budak 10 Tahun Diangkat Sebagai Hero, Selamatkan Ibu Lemas Akibat Sawan Dalam Kolam
Oklahoma – Tindakan pantas seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berjaya menyelamatkan ibunya yang lemas dan mengalami sawan ketika mandi di dalam kolam renang di rumah mereka awal bulan ini.
Memetik laporan ABC News, Gavin Keeney telah mendapat anugerah dari pihak polis di atas tindakan beraninya itu.
Difahamkan, ibu kepada kanak-kanak itu, Lori Keeney sememangnya mempunyai masalah epilepsi yang menyebabkannya sering mengalami sawan.
Ketika hari kejadian, Lori tidak menyangka bahawa pagi yang indah itu akan bertukar menjadi satu detik yang mencemaskan.
“Dia (Gavin) baru sahaja keluar dari kolam dan selepas itu saya mengalami sawan, saya tidak pernah merasa takut seperti itu sebelum ini,” ujarnya.
Gavin yang ketika itu berada di hadapan rumah berkata dia terdengar percikan air dan kemudian melihat ibunya tenggelam di dalam kolam.
Tanpa menunggu lama, dia terjun ke dalam kolam dan membawa ibunya ke bahagian tangga kolam itu sebelum datuknya datang membantu.
“Saya merasa sedikit takut,” katanya.
Sementara itu, Lori berkata dia sangat berterima kasih kepada anaknya itu dan menganggapnya sebagai hero.
Detik-detik ketika kejadian itu telah dirakam CCTV dan menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
"He's definitely my hero.”
Dramatic home security camera footage captures the moment 10-year-old Gavin Keeney leapt into action to save his drowning mother, who was suffering from a seizure in the family's backyard pool. https://t.co/CCVu5wDzAW pic.twitter.com/knSftKqhWq
— ABC News (@ABC) August 28, 2022
Sumber: ABC News
The post Budak 10 Tahun Diangkat Sebagai Hero, Selamatkan Ibu Lemas Akibat Sawan Dalam Kolam appeared first on Siakap Keli.


