Budak 11 tahun hilang sejak 26 Oktober, selepas lebih sebulan kemudian, dia ditemui di rumah jiran

6 Dec 2023 • 4:43 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

26 Oktober lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan hilang. Sejak daripada itu, hebahan mengenai kehilangan kanak-kanak itu telah dibuat bagi mengesan keberadaannya.

Difahamkan, kali terakhir Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid dilihat berada di rumahnya di Desa Mentari, pada jam 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak itupada 24 November lalu, hampir sebulan kemudian.

Semalam, kanak-kanak berkenaan dilaporkan telah ditemui dalam keadaan selamat di kediaman jirannya, warga emas, di flat yang sama, di Desa Mentari.

“Dia ditemui dalam keadaan selamat. Difahamkan kanak-kanak ini selalu keluar rumah semasa ibu bapanya keluar bekerja.

“Rutin kanak-kanak ini yang selalu keluar rumah menyebabkan ibu bapanya lewat membuat laporan polis walaupun tidak balik ke rumah sejak 26 Oktober,” katanya.

Sumber: Harian Metro